Zaman peperangan (476-717 M) Empayar Byzantium

Peperangan di barat

Empayar Bizantium cuba untuk menakluk Rome dan Itali dari orang Jerman. Di antara tahun 500 ke 600 SM, mereka memenangi banyak peperangan dan menawan kembali Rome.

Kemenangan ini tidak kekal apabila orang Jerman menawan kembali Itali dan Rome. Lebih memburukkan keadaan, orang Avar datang dan menawan Bulgaria dan Yunani (Greece) dari orang Bizantium. Selepas beberapa peperangan, orang Avar menang dan mengambil utara Greece dan Bulgaria. Mereka kemudiannya menggelar diri mereka sebagai orang Bulgar.

Peperangan di timur

Selepas Rome ditawan orang Jerman, Empayar Bizantium masih mengawal Mesir, Greece, Palestin, Syria dan Turki. Tetapi, satu lagi empayar yang dikenali dengan Empayar Parsi, mahu menawan kawasan-kawasan ini. Di antara tahun 476 ke 628 SM, Empayar Bizantium dan Parsi berperang dan ramai yang terkorban. Peperangan berakhir dengan tewasnya orang Parsi di Iraq, berdekatan dengan bandar lama Ninevah pada tahun 627 SM.

Malang bagi empayar apabila musuh baru muncul iaitu orang Arab. Empayar Bizantium yang baru sahaja tamat berperang dengan orang Parsi tewas dalam banyak peperangan dengan orang Arab. Palestin, Syria dan Mesir jatuh ke tangan Arab walaupun mereka dapat mempertahankan Turki dan menyekat kemaraan orang Arab.